
Semakin banyak artikel berkaitan mental health yang menunjukkan manusia hari ini semakin tak happy dengan diri sendiri, tak happy dengan apa yang mereka buat, dan kebanyakannya hanya “faking the happiness” to please people, to get attention, to feel accepted, to feel validated.
Especially on social media. Semakin ramai manusia mula meletakkan social approval atau engagement di social media sebagai penanda aras bagi nilai diri.
Kita semakin mendambakan perhatian makhluk. Dan meletakkan our happiness and self-acceptance berdasarkan reaksi dan penerimaan orang lain.
Dalam surah Az-zumar, ayat 29, Allah berikan satu perbandingan:
“Seorang hamba yang dimiliki oleh beberapa tuan yang berbagai tabiat dan kemahuan; dan seorang lagi hamba yang hanya dimiliki oleh seorang tuan sahaja.
Maka adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya? (Pastinya tidak). Maka ucaplah “Alhamdulillah” sebagai tanda syukur atas tauhid itu kerana kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat tauhid)”
Rupanya semakin kita mengejar kepuasan makhluk (yang berbagai tabiat dan kemahuan), semakin kita hilang diri sendiri.
Tapi semakin kita kejar redha tuhan yang satu, semakin kita bertemu bahagia diri.
Saya nak share 3 tips supaya kita kita tak terperangkap dalam people-pleasing trap ini.
1) Sentiasa berada dalam keadaan sedar.
When doing something, tanya diri:
Adakah aku buat ni untuk diri sendiri?
Atau untuk memuaskan orang lain?
Atau supaya orang puji?
Atau sebab orang suruh?
Atau sebab orang lain pun buat?
Bila beli something, bila pakai cantik-cantik, bila ambik gambar, bila ambik video, bila post kat social media, ask yourself and be honest.
Adakah apa yang aku buat ni, buat Allah bertambah redha dengan aku?
Atau sekadar untuk impress boss, colleague, followers, pasangan, mak mertua, anak?
Be extra careful, sebab kadang-kadang kita jawab “yes”.
Tapi most of the time, “yes” itu sebenarnya “no”.
Sebab kita in denial and delusional,
so kita buat juga.
Contohnya,
Kita tahu kasut tu tak selesa, tapi kita pakai juga sebab cantik di mata orang lain.
Kita tahu baju tu tak menutup aurat dengan sempurna, tapi kita pakai juga sebab minggu lepas pakai, ramai orang puji.
Kita tahu anak kita tak suka bergambar, tapi kita paksa juga dia bergambar, sebab ramai kata anak kita comel.
Jika keadaan ini berterusan, maka self-worth dan confidence dalam diri kita lama kelamaan akan hilang. Sebab kita meletakkan nilai diri di tangan orang lain.
So BE MINDFUL dalam setiap perbuatan.
2) Pecahkan tradisi dan mentaliti yang salah.
Sejak kecil mungkin kita dah terbiasa dengan budaya membanding-bandingkan dan tengok orang lain.
“Tengok anak jiran sebelah tu, kecik-kecik dah hafal 20 surah.”
“Tengok anak paklang awak tu, petah bercakap sampai masuk pidato peringkat asia.”
“Tengok anak kawan mak ni, pandai buat kek, pandai cari duit. Sebab tu mak dia belikan macam-macam.”
Jadi lama-lama kita pun cenderung nampak kelebihan orang lain, dan hanya nampak kekurangan diri sendiri.
Tambahan dengan kewujudan social media hari ini, kita mula membandingkan seluruh aspek kehidupan kita, even dengan orang yang kita tak kenal pun!
Budaya macam ni sebenarnya sedang mengikis authenticity dalam diri, dan akhirnya hidup kita hanya mahu memuaskan hati semua orang KECUALI DIRI SENDIRI.
So let’s break this tradition.
Let’s appreciate ourselves, our partners, our children for WHO THEY ARE.
For who Allah has made them.
STOP COMPARING.
3) Put your happiness first.
Dulu saya adalah orang yang suka buat orang lain happy, dan ketepikan kebahagiaan diri sendiri. Sebab saya rasa diri terlalu banyak kekurangan dan tak layak untuk rasa happy.
Tapi lama kelamaan, saya semakin letih happykan orang lain. Baru saya sedar, happykan diri juga penting.
So saya mula be honest with myself and letgo of my self-image. No more giving attention about what people think/say about me.
They dont own me.
Allah does.
So fokus saya mula berubah. I’m here to please the Creator, not the creation.
Kadang kita stres sebab salah fokus. Menghadap pencipta, 5 minit tergesa-gesa. Menghadap manusia, terbuang berjam-jam tak rasa apa.
Know your boundaries.
Be happy with yourself,
with every single thing you have in life,
and you will certainly make people around you happy. InsyaAllah.
Semoga bermanfaat! ❤️
– Adlil Rajiah

Leave a comment