
“Huiyooo power betul motor-motor besar yang lalu sebelah kita tadi!” Saya teruja beritahu suami yang baru saja matikan enjin kereta untuk isi minyak. Kami dalam perjalanan selama 6 jam dari Manjung ke Johor Bahru.
“Tulah. Ada sorang biker tadi siap lambai kat kita. Macho betul design motor dia.” Balas suami yang sama teruja.
Haikal pandang ke arah kami terpinga-pinga. Macam tak dapat tangkap apa yang sedang disembangkan.
“Haikal nampak motor-motor besar yang lalu sebelah kita tadi? Cool kan?”
“Tak nampak. Haikal baring kat belakang sambil tengok ipad je tadi”, jawab dia selamba.
Sayang betul, Haikal terlepas untuk experience satu suasana yang jarang dapat dilihat— puluhan motor besar berkonvoi sambil mengibarkan jalur gemilang beramai-ramai.
Pernah sekali kami ke Zoo Negara, dan pada waktu tu semua haiwan kelihatan pasif dan keadaan agak sunyi. Mungkin waktu “rehat” mereka.
Tiba-tiba seekor harimau mengaum dengan kuat dan berguling-guling di atas rumput. Sebijik macam perangai oyen. Manja betul.
Haikal excited melompat-lompat melihat moment yang tak dijangka itu. Tapi sayangnya, ramai kanak-kanak di situ terlepas untuk melihat moment tersebut. Mereka sibuk dengan electronic devices di tangan masing-masing.
Sebenarnya terlalu banyak moments berharga yang kita terlepas dek kerana mata terpaku pada skrin. Not just rare moments macam harimau mengaum dan motor konvoi kibar jalur gemilang, tapi juga detik-detik berharga dalam keluarga yang mungkin tidak akan berulang lagi dalam hidup kita.
Emosi sangat berkait rapat dengan kesihatan mental sesebuah keluarga. Dan anak perlu experience pelbagai emosi setiap hari untuk bina kematangan diri mereka.
Kematangan emosi tak dapat dibina melalui skrin. Ia hanya dapat dibina apabila anak berinteraksi dengan real life situations.
Childhood yang dimanipulasi oleh skrin adalah childhood yang terganggu dan terbantut. Anak yang constantly ditenangkan dan disenangkan oleh skrin adalah kerosakan besar pada diri mereka.
Majoriti anak menggunakan skrin untuk escape real life struggles— rasa bosan, tertekan, sunyi, avoid conflict, dan sebagainya.
Dan bila anak tak suka sesuatu yang dilihat dalam skrin, mereka boleh simply skip, delete, exit, atau scroll untuk perkara yang lebih menyeronokkan.
Dengan skrin, anak takde ruang untuk experience “the wait and patience”. Skrin membenamkan mereka dengan instant pleasure— tak perlu rasa bosan, tak perlu susah hati, tak perlu rasa sakit, tak perlu rasa sunyi, tak perlu rasa sedih, tak perlu rasa tertekan— just ESCAPE those ugly emotions.
Sebab tu banyak kajian hari ni bercakap tentang KANSER EMOSI di kalangan kanak-kanak. Apabila musnahnya satu elemen terpenting yang Allah kurniakan untuk manusia berfungsi sebagai khalifah— iaitu EMOSI.
Anak perlu tahu, real world tak sama dengan screen world. Dunia sebenar takde endless pleasure. Dunia sebenar tidak semudah delete, hide, exit, block, unfollow.
Dunia sebenar sarat dengan problems, challenges, sufferings, that you could never escape from. You have no choice but to experience the pain!
Isu ini bukan hanya sinonim pada anak. Tapi kerosakan yang sama sebenarnya berlaku kepada kita orang dewasa. Sebab banyak scroll skrin, kita terlepas banyak moments berharga dalam hidup. Kreativiti kita untuk isi masa lapang pun semakin merosot. Masa kita banyak terbuang begitu saje.
Screen time dah rampas banyak peluang untuk kita bina memori berharga bersama anak dan pasangan setiap hari. Untuk kita bina connection dengan tuhan, apatah lagi.
Tanpa kita sedar, teknologi skrin melatih kita jadi makin makhluk-focused, dan bukan tuhan-focused.
Memang lebih mudah untuk bagi anak hadap skrin berjam-jam. Supaya kita ada lebih masa untuk buat kerja dan fokus diri sendiri.
Tapi adakah itu akan benar-benar mencapai matlamat sebuah keluarga? Adakah itu akan benar-benar membuktikan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa?
“Ahh! Dah terlambat nak buat perubahan. Anak dah terlalu bergantung pada skrin.”
NO! Takkan pernah terlambat untuk mulakan sesuatu yang lebih sihat, lebih baik, dan lebih bermanfaat untuk masa depan.
Untuk ubah budaya keluarga, kita perlu berubah sebagai individu dulu. Jangan takut perubahan dan jangan tangguhkan perubahan. Sebab hidup yang berkualiti adalah hasil daripada PERUBAHAN YANG KONSISTEN.
11 tahun lalu, Haikal didiagnosis sebagai Excessive Screen Exposure, atau kecelaruan perkembangan yang dicetuskan oleh pendedahan skrin berlebihan.
Dalam buku kelima saya, Anak Asuhan Skrin , saya kongsikan perjalanan sepanjang proses pemulihan Haikal, kesilapan dan kebodohan yang pernah saya lakukan, dan apa yang kami lalui sehingga akhirnya Haikal bebas daripada diagnosis tersebut.
Ada lebih 135 strategi dalam buku ni yang saya pelajari dari pakar-pakar yang terlibat dalam proses pemulihan Haikal.
Matlamat saya satu je. Saya nak anak-anak kita hebat gunakan skrin, sehebat gunakan pisau. Macam mana pisau yang tajam beri manfaat yang besar dalam dapur rumah kita setiap hari, macam tulah saya harapkan KETAJAMAN teknologi skrin hari ini memberikan manfaat, bukan mudarat dalam keluarga kita.
But first, mak bapak dulu la yang kena pandai guna skrin macam guna pisau. 😏
– Adlil Rajiah

Leave a comment