
“Saya dah penat dengan suami saya! Saya dah bosan dengan dia!”
Kebelakangan ini banyak betul terima luahan isteri-isteri tersakiti, yang triggered dengan karenah suami.
Saya nak kongsikan satu kisah peribadi yang banyak mendidik saya sebagai isteri.
Pernah satu malam, I had a fight with my husband.
A typical husband-wife fight.
Cuma kali ni lebih intense.
Bila keadaan kembali tenang, suami ajak sit down berdua untuk audit our relationship.
Ye lah kan. Dah berbelas tahun kawen, banyak benda dah berubah. Cinta dah tak semekar dulu. Eceh geli pulak cakap pasal cinta cinta ni hahah.
But apparently, semua yang dirasakan best masa awal-awal kawen dulu, semakin hambar.
Sebelum sit down dan berbincang, we listed down semuaaaa benda yang kitorang tak puas hati with each other dan semua benda yang kitorang harap dapat improve lepas ni.
Aku ni dah la pantang dibagi assignment tulis-tulis ni. Tangan jadi machine gun terus haha.
Nak-nak pulak bila disuruh senaraikan kesalahan dan kekurangan suami. Mana cukup satu kertas hahah astaghfirullahalazim pompuannn -___-
Settle senaraikan semuanya, tiba lah masa untuk duduk berbincang hati ke hati. He sat beside me calmly and asked me to read everything I wrote. I read it point by point. Page by page.
He gave 100% attention and didn’t say a word.
Habis je aku baca semua, suami cakap—
“Papa minta maaf. InsyaAllah papa akan cuba perbaiki semuanya.”
Dan dia diam semula.
“Cepat lah, giliran papa pulak untuk luahkan apa yang papa tak puas hati dengan mama selama ni. Apa yang papa nak mama perbaiki?” I urge him to read his list.
Dia geleng dan cakap, “Takde apa yang papa tak puas hati dengan mama. Semua ok je.”
Aku pun menyirap lah apa lagi. “Tipu lah. Takkan takde apa-apa. Tak payah la nak ambik hati. Cakap je.”
Dia senyum sambil jawab, “Berbelas tahun papa hidup dengan mama. Of course papa tahu semua kekurangan dan keburukan mama. Of course papa boleh sebut satu-satu kalau papa nak. Tapi papa taknak.”
“Kenapa taknak?”
“Sebab papa masih ingat setiap kebaikan mama. Mama lahirkan anak kita, mama susukan dia, mama jaga dia dengan baik, mama uruskan rumah, mama utamakan keluarga, mama tolong papa cari rezeki. Kalaupun papa tahu 1000 keburukan mama, papa tak sanggup nak senaraikan. Sebab papa masih ingat semua kebaikan mama.”
Saya terus terkedu, dan peluk suami.
5 perkara yang saya belajar dari situasi tersebut:
1. As a wife, kita selalu fikir kita lah yang PALING banyak berkorban dalam perkahwinan. Mungkin betul. Tapi itu tak melayakkan kita untuk HANYA mengungkit kebaikan dan pengorbanan diri sendiri, dan melupakan kebaikan suami.
2. Makin lama kahwin, makin banyak lah kekurangan masing-masing terbongkar, dan makin banyak lah tak puas hati dalam perhubungan. Dan kita mula lupa, pasangan adalah cerminan kita. Aib dan keburukan kita yang terbuka di mata pasangan, sama je banyaknya.
3. Dikurniakan pasangan yang bukan sahaja sayangkan kita, malah sanggup tutup aib kita walaupun di hadapan mata kita sendiri—adalah nikmat Allah yang jarang sekali kita syukuri.
4. Kadang-kadang kita sibuk fikir salah pasangan dan tunggu pasangan minta maaf, sedangkan yang perlu minta maaf dan memaafkan adalah dengan diri kita sendiri.
5. Ada banyak benda yang we can never grow alone. Even our own growth needs someone to respond— someone yang nampak hodoh kita, tapi masih mahukan kita. Marriage is not just love, it’s also a friendship.
Jadi wahai bini-bini sekalian, udah-udah la tu mengungkit.
Bukan boleh menang voucher shopee pun. 😆
Cuba renungkan hadis Rasulullah ni—
“Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang yang lain, maka aku akan perintahkan seorang isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)]
Memang tak mudah.
Tapi ingat—
itu lah gelanggang jihad kita.
Itu lah jalan kita untuk capai syurga.
Berangan nak jadi ketua bidadari kat syurga, tapi dengan suami bukan main gangster. 😑 Semoga darjat kita diangkat di sisi Allah asbab ketaatan kita kepada suami. InsyaAllah.
13-17 Mei ini saya ada anjurkan Seminar ‘Burnout Dalam Perkahwinan’ secara Zoom Live. Tak payah risau kalau tak dapat hadir live sebab rakaman penuh akan diberi.
Saya akan kongsikan cara lebih sihat untuk “bergaduh”, cara mewujudkan komunikasi yang lebih berkesan, dan cara nak buang unhealthy patterns dalam marriage supaya rumahtangga lebih tenteram, insyaAllah.
Kalau anda rasa stress dengan pasangan atau mula rasa struggle dalam perkahwinan, insyaAllah seminar ini bermanfaat.
Jumpa nanti!


Leave a comment