Bila sentap dengan mulut puaka orang sekeliling

“Kenapa anak sorang je? Bila nak tambah?”

“Kesian Haikal tu. Bagi la dia adik.”

Dulu saya cepat sentap bila ditanya soalan macam ni. Rasa nak smack down je orang yang tanya tu. Dan selalunya saya akan overreact dengan jawapan-jawapan sarkastik seperti:

“Dah order dah kat shopee. Cuma belum sampai.”

“Aku miskin. Tak mampu nak sara anak ramai-ramai macam kau.”

Sentap tak habis-habis. Itulah perangai saya dulu.

Tapi lepas saya amalkan formula yang Allah ajarkan kepada Sayyidah Maryam (ibu Nabi Isa AS) bila menghadapi pertanyaan, tohmahan, dan kata-kata manusia yang mengguris jiwa— saya tidak lagi terkesan dan jauh lebih tenang.

Formula power ini direkodkan dalam Surah Maryam, ayat 26:

Apabila engkau berjumpa manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar untuk diam membisu kerana Allah yang Maha Penyayang. Dan aku tidak akan berkata apa-apa kepada sesiapapun, dari kalangan manusia.

Subhanallah, rupanya Allah didik Sayyidah Maryam untuk berdiam. Rupanya silence is sometimes the best answer and the most powerful superpower!

Dua hikmah bila saya belajar kawal diri dan kawal perkataan yang keluar dari mulut, especially bila berhadapan dengan manusia-manusia yang “insensitive” bila bercakap:

1. Less damage is done dalam perhubungan. Bila saya pilih untuk diam dan “senyum je”, saya tak lukakan hati sesiapa dengan jawapan merepek dari mulut saya. It’s a win for me!

2. Dan yang paling wow adalah bila saya perasan, orang sekeliling pun jadi lebih berhati2 bila bercakap dengan saya. Diorang lebih sensitif bila bertanya atau nak mulakan perbualan.

MasyaAllah besar sangat hikmah bila kita amalkan ilmu daripada AlQuran kan. Dan betapa ruginya kita bila hanya bergantung kepada logic akal dan ilmu diri sendiri.

Hakikatnya hanya Allah yang tahu setiap rahsia kenapa dan mengapa sesuatu perkara.

Daripada kita nak justify dan fahamkan semua orang, tapi akhirnya merabakkan hati sendiri— baik ikut maryam, diam je.

Sebab walau macam mana pun kita susun perkataan, nobody will truly understand. Nobody will feel, the way we feel. End up kita hanya memenatkan hati sendiri.

Fa sobrun jameel. Sabar itu indah.

Kalau Allah belum beri apa yang kita nak, SABAR.

Bak kata Abu Bakar AsSiddiq: Sabar itu memang payah. Tapi melepaskan ganjaran yang Allah dah janjikan terhadap orang yang sabar itu lebih merugikan.

Anggap je orang yang suka tanya soalan-soalan sensitif ni tak berniat pun sebenarnya. Diorang saje nak cari topik untuk berbual.

Kalau diorang seolah menyindir, anggap je diorang ada ulcer dalam mulut. Tu yang puaka semacam. So kasihani dan doakan je la ulcer diorang cepat baik. Hahah

Kalau setiap kali jumpa diorang duk ulang soalan sama, anggap je diorang ada masalah “short term memory lost”. Diorang sebenarnya lupa pernah tanya sebelum ni. -____-

Semoga allah beri kita kekuatan seperti Sayyidah Maryam. Yang mampu merawat hati sendiri. Because no one else will.

Semoga apa yang saya kongsikan dalam post ni bermanfaat, dan kita boleh sama-sama amalkan. Lepas ni takmo sentap-sentap dah k. Sumbat selipar dalam mulut kalau susahhh sangat nak handle. Bahah.

– Adlil Rajiah

“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang; kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

(Surah An-Nisa’, ayat 148)

Leave a comment