Anak tak dengar cakap, suka memberontak. Apa nak buat?

Saya terima banyak luahan ibu bapa tentang anak tak dengar cakap, anak taknak ikut peraturan, suka melawan, suka memberontak, tak hormat ibu bapa. Macam-macam.

Dalam parenting, I believe in the power of CONNECTION.

Sikap dan tahap toleransi anak sangat bergantung kepada kekuatan HUBUNGAN parent-child itu sendiri. Dan kekuatan HUBUNGAN itu, bergantung kepada effort ibu bapa dan anak dalam membina HUBUNGAN tersebut.

Sebenarnya banyak improvement yang boleh berlaku pada anak dari segi tingkahlaku, kematangan, dan perkembangan emosi, bila ibu bapa focus on building CONNECTION dengan mereka. 

Sebab only with a strong CONNECTION, anak akan patuh arahan, dengar cakap, beri kerjasama dan mampu ikut peraturan.

Anak ni macam kita juga.

Kita hanya akan ikut cakap dan ikut arahan orang yang kita rasa “connected to” sahaja. Kalau orang tu kita rasa tak penting atau takde kena-mengena, kita akan ignore je, dan lantak pii kat depa. Kan?

So macam tu jugak dengan anak. Menurut kajian, anak yang mempunyai STRONG CONNECTION dengan ibu bapa, akan lebih mudah beri Kerjasama. Dan bukan saje dengan ibu bapa mereka, tapi juga dengan orang sekeliling.

But of course, anak pun manusia biasa yang ada “angin” dia. Sometimes mereka “buat perangai” dan ikut kepala sendiri, sebab bahagian otak “prefrontal cortex” di mana proses kematangan berlaku, masih belum berkembang sepenuhnya.

That’s why dalam Islam pun kita cakap mereka ni belum mummayiz. Belum tahu beza baik buruk.

So hari ni, saya nak kongsikan 9 rutin yang saya sendiri buat for the past 11 years, untuk build a strong connection dengan anak saya. And to be honest, rutin-rutin ni lah yang banyak bantu saya dalam mengharungi parenting journey.

1) AMALKAN 12 PELUKAN SEHARI

Menurut kajian, setiap manusia perlukan 4 pelukan untuk “hidup”, dan 8 pelukan untuk maintain emosi yang baik sepanjang hari. So total up, kita perlukan 12 pelukan setiap hari.

Menurut Virginia Satir (psychotherapist); anak perlukan 4 pelukan sehari untuk survival, 8 pelukan sehari untuk maintain kekuatan emosi, dan 12 pelukan sehari untuk grow.

Dan sebenarnya bukan anak je yang perlukan pelukan yang banyak. Kita pun sama. So in order to receive enough hugs, we must give enough hugs.

Jadikan rutin untuk beri pelukan pertama lepas bangun tidur, dan pelukan terakhir sebelum masuk tidur. Selain tu, selit la bila-bila. Masa pergi kerja ke, masa balik kerja ke, masa hantar anak sekolah, ambik dari sekolah, masa tengok TV, masa main, etc.

Pelukan adalah sangat penting. Lebih-lebih lagi bila anak dah meningkat remaja. Kajian mengatakan, hugs can trigger strong parent-teens connection, dan lebih mudah untuk ibu bapa “mengawal” anak remaja.

2) PLAY!

Bermain bersama anak. Dan setiap kali main dengan anak, wujudkan interaksi. Bukan bagi anak main sorang-sorang dan mak bapak main phone kat tepi.

Bermain dan bergelak ketawa dengan anak will keep us deeply connected and feel younger, as it stimulates endorphins and oxytocin in our bodies. Ia juga akan buat anak lebih positif dan tenang setiap kali berhadapan konflik dan emosi negatif.

3) BILA BERINTERAKSI DENGAN ANAK,KETEPIKAN PHONE

Dunia hari ni, memang susah betul nak berenggang dengan phone, kan? Bila orang suruh put away phone masa layan anak, kita pun bagi alasan— nak rekod moment indah dengan anak, nak simpan buat kenangan, takut nanti rindu bila anak dah besar, blablabla..

Tak salah pun nak rekod video atau gambar anak untuk kenangan. Memang semua orang pun suka throwback kenangan. Saya pun sama.

Tapi jangan lah sampai setiap saat pun, phone melekat kat tangan, sampai kita terlepas untuk merakam detik itu dengan mata kepala sendiri, dan rasa keindahan momen itu dalam hati. 

Sometimes bila kita asyik rekod, kita terlepas peluang untuk benar-benar menikmati moment tersebut. Akhirnya kita lupa, sebab kita sibuk simpan dalam phone, bukan dalam memori ingatan.

Kalau dalam solat, we have to put away our phones, to get connected to Allah. So untuk build connection dengan manusia pun sama. Minimize distractions dan bina connection sebaiknya pada ketika dan waktu tersebut. 

Even turning off music in the car can be a powerful invitation to connect, so kids (even orang dewasa pun) are more likely to open up and interact.

4) CONNECT, BEFORE EACH ACTIVITY TRANSITION

Selalunya anak akan ada hard time transitioning from one activity to another. Kan?

Contohnya bila kita nak suruh anak berhenti main dan pergi mandi. Atau suruh anak switch off TV, dan bersiap untuk tidur. Mestiiii macam nak berperang.

Panggil berulang kali, anak tetap buat derkkk, last-last jiran sebelah yang menyahut. 😑 In this case, I always use this method — connect first, then ask.

Sebelum suruh anak buat apa-apa, datang kat anak, look at her in the eye, sebut namanya, connect with her, geletek-geletek sikit badan dia, buat anak rasa connected, then baru lah suruh dia buat apa-apa yang sepatutnya.

5) ONE-ON-ONE TIME, UNTUK SETIAP ANAK.

Menurut kajian, setiap anak perlukan sesi one-on-one dengan setiap ibu bapa mereka sekurang-kurangnya 10 minit sehari, untuk bina kepercayaan dan hubungan yang kuat.

Semasa sesi tersebut, you can do anything yang anak suka. Semudah bersembang atau berkongsi cerita. Lebih baik, kalau aktiviti yang dilakukan tu melibatkan perbualan, gurauan dan physical touch.

6) RASA, APA YANG ANAK RASA.

Memang, bukan senang nak consistently engaged dengan emosi anak. But remember, sepertimana kita nak orang lain faham apa yang kita rasa, macam tu jugak anak nak kita faham apa yang mereka rasa.

Emosi dan perasaan menentukan sikap dan tindakan seseorang. That’s why it’s very important to let your children express their emotions (happy, anger, fear, excited, etc), and guide them where to drive their behavior.

Semua emosi yang anak rasa itu valid, walaupun tak semua tingkahlakunya betul. So iyakan emosi mereka dahulu, sebelum bimbing tingkahlaku.

Setiap kali anak tantrum atau mengamuk, anggap itu sebagai peluang keemasan untuk bantu mereka kenali emosi dan get connected dengan mereka.

Bila anak tantrum, jangan kita ikut tantrum sekali. But we welcome the angers and fears that always hide behind their tantrums. Just acknowledge what they feel, dan biar mereka tahu, kita faham. Lama-lama nanti, anak akan belajar kawal emosi, lebih mudah bekerjasama, dan lebih percayakan ibu bapa.

7) LISTEN LISTEN LISTEN!

Connection begins with listening. As parents, we need to listen more, rather than just answering, advising or instructing.

Melihat dunia dari perspektif anak akan buat mereka rasa dihormati dan nak wujudkan win-win situation dalam perhubungan. Anak yang selalu didengari oleh ibu bapa, akan lebih mendengari ibu bapanya.

Bila hari kita moody, keletihan atau stress, of course kita nak anak dengar dan faham keadaan kita pula, kan? So we must first, be a good listener to them.

8. SLOW DOWN, AND EMBRACE THE MOMENTS.

Setiap rutin harian kita, sebenarnya adalah peluang untuk connect dengan anak. Masa makan, masa mandi, dalam kereta, masa tengok TV, masa duduk-duduk, masa masak, masa kemas rumah, etc.

We are all busy with life, dan kadang-kadang takde masa untuk duduk menghadap anak. So gunakan setiap ketika bila anak ada bersama, sebagai peluang untuk get connected dengan dia. Slow down on each task, and share the moment together.

Contohnya, masa masak, ajak anak berbual. Beri anak sentuh sayur, ikan, etc. Masa lipat baju, main peek-a-boo dengan longgokan baju-baju. Memang sampai ke sudah tak habis lipat baju tu. 😂 Masa tengok TV, snuggle together dan main teka teki. Masa driving, nyanyi lagu favourite dan menari sama-sama.

So dalam apa jua keadaan, ambil peluang untuk get connected.

Give hugs. Listen to their laughter. Look at them in the eyes, open your heart and share that big love you both have.

9) PELUK DAN BERBUAL SEBELUM TIDUR.

Bagus juga kalau kita ajak anak masuk tidur dan tutup lampu a bit earlier. Supaya kita dapat spend time together, tell a bedtime story, sambil cuddle-cuddle.

Menurut pengalaman saya, ini sahaja masa yang Haikal akan cerita SEGALANYA yang berlaku sepanjang hari tersebut kepada saya. Apa yang jadi kat sekolah, apa yang kawan-kawan / cikgu-cikgu dia cakap atau buat, apa yang dia lalui waktu saya takde, etc.

Dan setiap kali anak mula bercerita, apa yang kita perlu buat ialah LISTEN, and acknowledge their feelings. Dan jangan lupa, malam seterusnya, follow up dengan isu yang diluahkan pada malam semalam.

You’ll be amazed how your relationship with your child deepens, and how your child appreciates you, by sharing EVERYTHING with you, and only you.

Anddd his routine is very powerful especially when you have teenagers. Because late at night is often the only time teens will open up and share. So be there for them, before they choose whatsapp or instagram over you.

Apa pun, kita semua manusia biasa. Takde siapa pun yang sempurna. Termasuklah anak.

Salah faham, merajuk, bertekak, marah-marah, itu semua NORMAL dalam sesebuah perhubungan.

Bak kata Master Splinter dalam Ninja Turtle;

“Kita tak perlu paksa semua orang berfikir dan bersikap sama macam kita. Sebab perbezaan itulah yang melengkapkan sesebuah hubungan dan menguatkan sesebuah keluarga. Sebagai ketua, kita perlu bijak meraikan setiap perbezaan itu.”

Hambikk Ninja Turtle pun ada parenting lesson. Hahah!

Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk ubah CONFLICT KEPADA CONNECTION, atau untuk didik anak tanpa perlu jerit-jerit. Especially bila anak dah mula obses dengan gajet, anak taknak dengar cakap, anak dah pandai melawan, anak tak pandai kawal emosi, etc.

Saya ada kongsikan semuanya dengan terperinci dalam FAILURE RECOVERY WORKSHOP yang memuatkan 13 rakaman video (18 jam).

Ini peluang terakhir untuk anda dapatkan Discount 50%. Masukkan kod kupon “50OFF”. Trust me, you don’t wanna miss this!

Semoga apa yang saya kongsikan ni bermanfaat, dan beri perubahan positif dalam hidup anda.

-Adlil Rajiah

Leave a comment