Kalau tak bagi gajet, anak nak buat aktiviti apa?

Soalan yang saya selalu dapat dari parents bila buat awareness tentang screen addiction di kalangan kanak-kanak adalah, “Kalau tak boleh bagi gajet, anak saya nak buat aktiviti apa? Kang dia bosan macam mana?”

Kadang-kadang sedih jugak tengok ibu bapa hari ini yang semakin kurang kreatif sampai tak mampu nak fikirkan aktiviti selain gajet dan TV. Padahal kita sendiri pernah melalui fasa kanak-kanak tanpa sogokan smart devices.

Dan sebenarnya kalau takde idea sangat, boleh je search Google, Pinterest, atau Youtube:

“Activities for 3yo boy”

Atau “Sensory activities for babies”

Atau “Mess-free activities during road trip”

Atau “Indoor physical activities for 5yo”

Atau “Simple screen-free activities for siblings”

Taip je, dan berjuta idea terhidang depan mata. Tinggal pilih je mana yang sesuai dengan anak.

Masalahnya, kita ni reti search je. Pastu screenshot, save, kumpul banyak-banyak. Buatnya tidak. πŸ˜’

So dalam artikel kali ni saya nak kongsikan some simple screen-free activities mengikut umur anak, supaya dapat kurangkan pendedahan skrin.

UMUR 0-1 TAHUN:

πŸ”΅ Sentuhan kulit ke kulit: urut, gomol-gomol, berguling, tepuk-tepuk, geletek-geletek.

πŸ”΅ Touch different textures. Ambik kain atau soft toys yang ada pelbagai tekstur, bagi anak sentuh pada tapak tangan atau tapak kaki.

πŸ”΅ DIY Crib gym. Sila google jadah apa crib gym ni. Boleh DIY dengan gantung soft toys, tali riben, loceng, belon, dan sebagainya. Make sure tangan anak sampai untuk sentuh dan tarik-tarik benda yang digantung tu.

πŸ”΅Ransangan bebola mata. Gerakkan objek atas bawah kiri kanan, depan anak.

πŸ”΅ Catch mainan sambil merangkak atau meniarap

πŸ”΅ Sepak atau baling soft toys

πŸ”΅ Buku bergambar (tanpa perkataan)

πŸ”΅ Bath toys. Main masa mandi. Water play bagus untuk bina water confidence.

πŸ”΅ Ketuk periuk guna sudip, ketuk besen guna sudu.

πŸ”΅ Sensory bean bag. Buat uncang kacang macam batu seremban tu. Tapi buat sebesar tapak tangan anak. Dalam uncang tu letak kacang atau beras yang berbeza saiz. Bagi anak pegang, ramas, gigit, pijak.

πŸ”΅ Fine motor activity: tarik plastik keluar dari kotak tisu atau kopek selotape dari lantai/dinding

πŸ”΅ AVOID ELECTRONIC DEVICES OR BATTERY OPERATED TOYS.

UMUR 1-2 TAHUN:

πŸ”΅ Beri ruang untuk anak bergerak dan explore kaki. Anak umur ni biasanya baru belajar berjalan dan berlari. So “toys” yang paling menggembirakan adalah kaki dia sendiri. πŸ˜‚ Elakkan pergi tempat yang anak tak boleh bergerak bebas dan terpaksa duduk diam dalam tempoh yang lama. Itu sejenis penderaan.

πŸ”΅ Copying games. Minta anak tiru pergerakan mudah, tiru rentak tarian, tiru lukisan mudah, atau tiru bunyi.

πŸ”΅ Always have crayons & paper, or playdoh in your handbag. Sebelum bagi phone, bagi yang tu dulu.

πŸ”΅ Stacking toys. Buat menara guna cawan plastik atau mangkuk plastik.

πŸ”΅ Shape sorter blocks

πŸ”΅ Story books with few words. Satu dua patah perkataan per page dah memadai. And yes, kita yang kena bacakan buku tu. Bukan longgok depan anak dan expect dia baca sendiri.

πŸ”΅ Kejar bubbles sambil pijak pasir atau rumput. Budak baru dapat kaki, so let them explore kaki dengan aktiviti macam ni.

πŸ”΅ Rattle toys atau benda yang keluarkan bunyi bila digerakkan. Tapi bukan yang battery operated.

πŸ”΅ Banyakkan bercakap dab bercerita guna different facial expressions

UMUR 2-3 TAHUN:

πŸ”΅ Wooden puzzle

πŸ”΅ Turning & screwing toys. Contoh: padankan bolt & nut ikut saiz. Atau padankan penutup botol dengan botolnya. Pergerakan memutar tu bagus untuk fine motor.

πŸ”΅ Threading activity. Contoh: buat rantai guna tali dan manik, atau sulam tali di celah-celah lubang penapis sayur.

πŸ”΅ Asingkan manik atau butang, mengikut warna dan bentuk.

πŸ”΅ Tampal kertas manjong kat dinding, dan bagi anak bebas menconteng. Atau buat finger painting.

πŸ”΅ Mengoyak dan melipat kertas. Guna buku-buku lama. Suruh anak koyak kertas ikut bentuk circle, square, oval. Atau lipat kertas jadi pattern tertentu.

UMUR 3-4 TAHUN

πŸ”΅ Lukis some simple drawings guna highlighter, dan suruh anak trace lukisan tu guna crayon atau marker.

πŸ”΅ Aktiviti menggunting dan menampal.

πŸ”΅ Play dough / lego modelling. Suruh anak tiru bentuk atau struktur tertentu.

πŸ”΅ Early phonics (recognising letter shape & sound). And early maths (counting).

πŸ”΅ Menulis dan melukis atas pasir guna jari atau ranting kayu.

πŸ”΅ Kutip siput, batu, bunga, daun, dan kaji corak, bentuk, warna.

πŸ”΅ Messy play. Bagi anak main air, water beads, slime, jelly, lumpur, colour mixing guna water colour.

πŸ”΅ Role play atau pretend play. Berimaginasi guna props, costumes dan karakter.

πŸ”΅ Aktiviti guna sepit baju. Bagi anak pro mengepit dulu sebelum expect anak pro pegang pensel.

πŸ”΅ Playground/ park visit. Expose them to peer group play.

πŸ”΅ Ask open-ended questions untuk ransang imaginasi anak: “Why” and “How”. Contoh: “Adik rasa, kenapa kereta ada 4 tayar?” atau “Cuba bayangkan, macam mana kalau kita hidup dalam hutan?” Ingat, there’s no right or wrong answers. Biarkan anak berfikir mengikut logik mereka.

UMUR 4-8 TAHUN:

πŸ”΅ More complex building blocks / construction toys

πŸ”΅ Galakkan kemahiran bercerita dan mengekspresi idea

πŸ”΅ Teamwork. Bina sesuatu secara berkumpulan.

πŸ”΅ Aktiviti yang perlu ikut langkah demi langkah. Contoh: buat donat, buat cookies, origami, greeting card. This kind of activity sangat membantu bina fokus anak.

πŸ”΅ Menghasilkan seni yang lebih complex guna scissors, glue, markers, water colour, pencil colour, stickers, etc.

πŸ”΅ Music instruments: Piano, drum, guitar.

πŸ”΅ Outdoor play: sand, main hujan, bola, giant bubbles

πŸ”΅ Simple cooking experience: Sieving, baking, stirring, rolling, measuring

πŸ”΅ Climbing walls / ladder / monkey bars / rocks

Ok cukup. Penat taip πŸ˜‚

Kalau kreatif, dari satu aktiviti boleh jadi pelbagai aktiviti lain, mengikut tahap kematangan anak. Dan ingat, pendedahan lebih awal tak semestinya lebih baik. Jangan terlalu mendesak nak dedahkan anak dengan aktiviti yang dia tak minat. Tapi jangan pula takut untuk beri pendedahan.

Ini baru screen-free activities untuk 8 tahun pertama. Untuk pre-teens dan teenagers dah lain pulak. Nanti dalam Seminar Anak Asuhan Skrin 19 Ogos ni, insyaAllah saya kongsikan guideline for small kids & teenagers. And also for mak bapak yang sukaaa sangat main phone. -___-

Hopefully artikel ini bermanfaat dan dapat tiup semangat supaya kita lebih rajin buat aktiviti dengan anak-anak. ❀️

Salam sayang, Adlil Rajiah

Leave a comment