
Sebelum kita panik bila anak mula pandai berbohong, faham 3 perkara ni dulu:
1. UMUR 2-3 TAHUN, ANAK MULA PANDAI BERCERITA.
So bila banyak bercerita, anak mula bereksperimentasi dengan perkataan dan imaginasi dalam kepala mereka. Dari situ lah timbul unsur mereka-reka cerita atau cerita olok-olok atau berbohong.
Teringat masa Haikal kecik dulu, dia pernah cakap kat saya—
“Mama, tadi papa pakai high heels mama.”
Terus terbeliak mata saya dan mula meragui adakah suamiku dua alam. Tapi rupanya perkara tu tak berlaku pun. Haikal cuma bermain dengan imaginasi sendiri. Pekejadah abah kau nak pakai high heels mama, nak oiiii. Pada peringkat ni anak takkan mengaku yang dia bohong, dan anak tak rasa pun tindakan dia tu salah. Plus, dia tak rasa ibu bapa akan marah bila dia berbohong.
2. UMUR 5-6 TAHUN, ANAK DAH PANDAI MEMBAYANGKAN BAGAIMANA ORANG LAIN FIKIR.
Pada fasa ini, pembohongan anak akan jadi lebih logic, dan ada strategi untuk berbohong. Tapi! Dalam fasa ini, anak berbohong hanya untuk dapatkan perhatian atau pujian.
Contohnya, bila anak dengar mak puji si adik—
“Wahh bagus la adik tolong mama susun kasut.”
Tiba-tiba si kakak menyampuk—
“Tadi kat sekolah pun kakak tolong cikgu susun kasut. Banyak kasut kakak susun.”
Padahal sebenarnya takde pun upacara susun kasut yang dibuat di sekolah. Tapi sebab si kakak tu nak dipuji sepertimana si adik dipuji, maka dia pun berbohong.
3. UMUR 7-8 TAHUN, ANAK DAH PANDAI MENIPU TANPA DAPAT DIKESAN OLEH IBU BAPA
Dan mereka dah mula menipu dengan sengaja. Maksudnya, anak dah mula berbohong untuk kepentingan diri sendiri atau untuk selamatkan diri dari kena marah atau untuk tutup kelemahan diri.
Ada 5 sebab kenapa anak mula berbohong:
1. Takut kena marah atas kesilapan yang dilakukan. Mungkin sebelum ni mereka asyik kena marah atau kena hukum bila buat salah. So anak jadi takut, maka dia menipu untuk sembunyikan kesalahan.
2. Untuk dapat perhatian atau untuk rasa hebat. Mungkin sebelum ni mereka kurang dipuji dan kurang didengari. Contohnya, bila ada kawan bercerita—
“Hari tu aku pergi Legoland. Best sangat!”
Anak pun tetiba menyampuk—
“Oh aku pun pernah pergi Legoland!”
Walaupun sebenarnya dia tak pernah pergi. Tapi sebab dia nak diberi perhatian dan nak rasa hebat jugak macam si kawan tadi, dia pun berbohong.
3. Untuk dapat apa dia nak. Contohnya bila kita cakap—
“Habiskan makanan dulu, baru boleh tengok TV.”
Anak pun senyap-senyap pergi buang makanan, dan cakap—
“Dah habis!”
supaya dia dapat terus tengok TV.
4. Takut hampakan ibu bapa. Contohnya, anak sorokkan kertas ujian atau ubah markah pada kertas ujian sebab takut mak ayah sedih dengan keputusan dia yang kurang baik. Perkara ni biasanya berlaku bila mak ayah selalu membanding-bandingkan anak dengan adik beradik, sepupu, atau kawan-kawan.
5. Biasa tengok orang sekeliling berbohong. Especially bila mak ayah selalu “tipu sunat” sebab nak anak behave atau nak anak buat sesuatu. Contoh—
“Sayur ni sedap tau, rasa macam aiskrim.”
“Tidur sekarang, nanti hantu datang kacau.”
“Jangan menangis, nanti polis tangkap.”
Budaya “tipu sunat” macam ni akan buat anak faham—
bohong tu takpe, tipu tu tak salah,
sebab mak ayah pun selalu buat.
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang mengatakan kepada budak kecil ‘ke sini, ambil ni’ kemudian dia tidak memberikannya apa-apa pun, maka dia dikira berdusta.” (Riwayat Imam Ahmad)
Dan setiap penipuan (walaupun dalam gurauan) adalah berdosa. So bila anak mula menipu,
cuba tanya diri: dah berapa kali agaknya aku tipu anak?
Berbohong ini walaupun nampak kecil tapi sebenarnya boleh bawa kepada masalah tingkah laku yang lebih besar kelak, contohnya, mula berani ambik hak orang, mencuri, membuli, memfitnah, dan sebagainya.
Dan bila kita biasakan budaya berbohong di rumah (Contoh: prank anak, mempermainkan perasaan anak, menakut-nakutkan), ia akan buat anak semakin hilang kepercayaan, dan mula mewarisi budaya tak sihat, iaitu suka menipu. Bila anak dah hilang kepercayaan, maka segala nasihat dan teguran jadi kurang berkesan. Anak jadi tak patuh dan tak hormat.
Satu cara untuk elakkan anak berbohong adalah dengan mewujudkan suasana yang buat anak rasa selamat untuk bercakap benar. Contohnya bila kita masuk dapur, tengok ada air tumpah. Bila kita tanya anak, dia tak mengaku. Biasanya reaksi spontan kita mesti lah terus nak marah-marah bebel-bebel atau paksa anak mengaku.
Ingat, reaksi kita lah sebenarnya yang menentukan anak bercakap benar atau berbohong. Reaksi kita yang menentukan anak berterus terang, atau dia tuduh orang lain. So lepas ni, cuba take a pause sebelum memberi reaksi. TARIK NAFAS DALAM-DALAM, dan susun perkataan yang keluar dari mulut:
“Ya Allah, ada air tumpah kat dapur mama ni. Kan bagus kalau ada yang beritahu mama siapa yang tertumpahkan air ni. Mungkin orang ni tak sengaja. Senang hati mama kalau tahu siapa yang tertumpahkan air ni.”
Bila anak tahu kita takkan marah-marah, anak lebih senang untuk beritahu hal sebenar atau berterus terang. Dan bila anak dah mengaku tu, jangan pula pergi piattt telinga dia hahah. Puji anak sebab berani berterus terang,
“Terima kasih sebab beritahu mama perkara sebenar. Mama rasa lega. Boleh ke kakak tolong mama bersihkan dapur ni? Happy mama kalau ada orang tolong cantikkan balik dapur mama.”
Camtu.
Saya ada kongsikan solusi untuk 5 isu utama tingkahlaku anak:
- tak hormat ibu bapa
- tak pandai kawal emosi
- tak minat belajar
- terlalu obses dengan gajet
- tak jujur / banyak berahsia
Semuanya dalam FAILURE RECOVERY WORKSHOP yang memuatkan 13 rakaman video (18 jam). Masukkan kod kupon “50OFF” untuk dapatkan diskaun 50% off.
Semoga bermanfaat!
– Adlil Rajiah

Leave a comment