Anak perlu dirotan, baru dengar cakap..

Petang semalam, saje lah duduk depan TV sambil layan teh panas. Kebetulan rancangan yang keluar masa tu, berita.

Baru 10 minit tengok, satu per satu cerita pasal kes dera. Ada sorang budak 5 tahun “dikerjakan” ibu bapa kandung, sampai meninggal dunia.

Sumpah tak boleh brain. Terus teringat kata-kata segelintir ibu bapa di socmed:

“pukul anak sebab sayang”

“rotan anak supaya dengar cakap”

“sebat anak supaya berdisiplin”

Apa kita lupa, anak belajar melalui 1 cara je: mereka LIHAT DAN TIRU. Apa yang mereka lihat, itu lah yang mereka jadi.

So kat mana logiknya, nak ajar anak “buat baik” tapi dengan memukul dan menyakiti?

Kat mana logiknya, nak ajar anak supaya sabar dan cekal, tapi kita sendiri mudah melenting?

Kat mana logiknya, nak ajar anak tentang empati dan faham perasaan orang lain, tapi kita sendiri zero-empati dan hanya pentingkan perasaan sendiri?

Pernah berlaku depan mata saya, seorang ibu cakap pada anaknya, “Jangan pukul adik!” sambil dia sendiri sedang memukul anak itu. Beritahu saya, macam mana anak tu nak faham “pukul adik itu salah” dalam keadaan dia sendiri dipukul??

Mana hilangnya common sense kita semua ni?

The best parenting is through akhlak. Didikan terbaik adalah dengan menjadi CONTOH. Sebab anak memang takkan dengar cakap. Tapi mereka tak pernah gagal meniru sikap.

Walaupun bagi sesetengah ibu bapa, pukul/rotan anak itu untuk mendidik, tapi kajian menunjukkan majoriti ibu bapa bertindak begitu kerana didorong oleh emosi negatif mereka sendiri— marah, stress kerja, masalah kewangan, masalah perkahwinan, dan sebagainya.

Dan dalam banyak keadaan, ia bukan berpunca dari sikap anak, tapi berpunca daripada:

1. Childhood memories ibu bapa itu sendiri, yang mungkin pahit, traumatising, kerap dipukul/ dirotan.

2. Kelemahan ibu bapa itu sendiri dalam mengurus masa – suka procrastinate, tak pandai prioritize dan delegate tugas, suka buat kerja last minit, suka buat banyak benda serentak, sampai jadi stress, cepat marah, dan cepat naik tangan kat anak.

3. Kita lupa anak itu amanah yang tak boleh dibuat sesuka hati. Walaupun rotan untuk mendidik itu dibenarkan dalam islam. Tapi ada DOs & DON’Ts yang perlu dipatuhi. Pukul ikut emosi, itu dah langgar hukum tuhan.

Menurut kajian, anak yang kerap dididik dengan rotan / hukuman fizikal akan jadi lebih memberontak, lebih agresif, antisocial, tak pandai bergaul, kurang keyakinan diri, dan yang paling kita taknak adalah masalah mental yang berbekas sehingga dewasa. 

Ini salah satu buktinya:

Menurut pakar psikologi Dr Alan Kazdin: kita tak boleh didik anak dengan sikap yang kita tak mahu ada pada diri mereka.

Maksudnya kalau kita taknak anak ada sikap panas baran, kita tak boleh didik mereka dengan panas baran.

Kalau kita taknak anak bercakap kasar atau berbohong, kita tak boleh didik mereka dengan sikap yang sama.

Pukul atau rotan memang akan buat anak behave immediately, tapi ada kesan buruk dalam jangkamasa panjang.

Dalam kitab Tarbiyatul Aulad (cara didik anak dalam islam) yang ditulis oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan, ada 3 tahap dan 6 syarat yang wajib dipatuhi bila nak rotan anak.

Tahap pertama: Tunjuk rotan

Ini menurut hadis sahih yang bermaksud: “Gantunglah rotan di tempat yang dapat dilihat oleh seluruh anggota keluargamu, kerana itu membuatkan mereka mendengar kata.”

Tahap kedua: Tarik telinga

Kalau dah tunjuk rotan pun anak masih tak dengar kata, jangan terus sebat anak tu! Tarik cuping telinga je dulu. Ini hukuman fizikal pertama yang dibolehkan, kalau anak masih mengulangi kesalahan.

Tahap ketiga: Rotan

Kalau lepas tunjuk rotan dan tarik telinga pun anak masih ulang kesalahan, baru lah boleh rotan.

Tapi! Ada 6 syarat yang wajib dipatuhi:

1. Anak mesti berumur 10 tahun ke atas. Bawah sepuluh tahun, tak boleh rotan. Sebab tempoh sepuluh tahun pertama tu ibu bapa perlu ulang2 nasihat dan beri tunjuk ajar dengan sabar dan kasih sayang

2. Jumlah pukulan tak boleh melebihi 3 kali. Hadis sahih bermaksud: “anak yang dipukul lebih dari 3 kali, maka mereka berhak untuk membalas.“

3. Pukulan mestilah tidak berbekas. Setiap pukulan yang melukai anak, adalah menyalahi hukum al- quran.

4. Cara memukul: masa rotan anak, pastikan tak angkat ketiak. Maksudnya kena kepit something pada ketiak masa merotan tu. Hadis sahih bermaksud: “jangan kamu angkat ketiak mu, dan jangan memukul dengan seluruh kekuatan.”

5. Tempat yang dipukul mesti lah pada kaki atau tapak tangan sahaja. Tampar muka atau pukul bahagian kepala adalah haram. Dan elakkan jugak bahagian lain seperti perut, belakang, dan punggung.

6. Pastikan tak pukul/ rotan anak dalam keadaan marah. Hadis sahih bermaksud: “ketika banyak kesalahan yg dilakukan oleh anak, haruslah ia dibetulkan dengan perkataan yg tegas, tanpa disertai caci maki dan kemarahan.”

Haa amacam? “Syarat sah” rotan anak lagi banyak dari syarat sah nikah tau. Ingat senang? 

Walaupun rotan anak dibolehkan dalam islam, tapi hakikatnya bukan senang untuk kita patuh kesemua syaratnya. Sebab most of the time, kita rotan anak kerana dorongan emosi semata2. Kan?

Saya nak kongsi 3 cara alternatif untuk didik anak, tanpa perlu membudayakan hukuman fizikal:

1. Bina jambatan emosi dengan anak. Banyakkan berbual dan luangkan masa dengan mereka. Kajian menunjukkan, anak yang rasa connected dengan ibu bapa, akan lebih patuh dan lebih mudah mendengar kata.

Ingat, bahasa kasih sayang yang anak faham hanyalah MASA. Anak rasa disayangi bukan bila kita cakap “i love you” kat dia, tapi bila kita luangkan masa bersama mereka.

2. Walk the talk. Sebagai ibu bapa, kita dulu yang kena jadi orang yang kita nak anak jadi. Ibu bapa lah yang sepatutnya mempengaruhi anak (through good akhlak), dan bukan dipengaruhi atau cepat triggered dengan sikap anak.

3. Banyakkan berbual dengan anak dalam 3 keadaan ni (menurut hadis sahih): dalam kenderaan, ketika makan bersama, dan waktu anak sakit.

Saya doakan kita semua dapat didik anak dengan baik, bijak kawal emosi dalam membesarkan mereka, dan tak langgar hukum tuhan dalam mendisiplinkan mereka, insyaAllah.

Jom beri peluang pada diri untuk belajar urus emosi dalam 15 VIDEO PANDUAN LENGKAP URUS EMOSI & KAWAL MARAH bersama 5 orang pakar! Dapatkan dengan diskaun 50% sekarang.

Semoga bermanfaat!

– Adlil Rajiah

Leave a comment