Kita nak anak yang baik, soleh, dengar cakap. Tapi…

Benda yang paaaaling banyak saya ubah pada diri sendiri sejak jadi mak, adalah sikap.

Saya dulu, perangai macam hawau. Panas baran. Tak sabar. Degil. Tak hormat orang. Rasa diri sendiri je betul.

Tah apa-apa.

Tapi tahun demi tahun, especially bila dah jadi mak, saya mula sedar, nature anak ni memang ‘tak makan saman’.

Kita ajar lah macam mana pun, berbuih lah nasihat macam mana pun, bebel lah sepanjang hari pun, hantar lah kat sekolah bagus macam mana pun,

anak still tak dengar cakap, still memberontak, still tak makan saman, still tak jadi anak yang kita impikan.

Tapi after soooo many years baru saya sedar, formula dia cuma satu je: KITA SENDIRI KENA JADI ORANG YANG KITA NAK ANAK JADI.

Rupanya anak tak perlukan nasihat. Anak tak perlukan bebelan. Anak tak perlukan ‘pendidik’. Mereka cuma perlukan CONTOH.

Satu-satunya formula untuk dapat anak idaman, adalah dengan menjadi ibu bapa idaman. Salah satu mantra yang saya selalu ulang pada diri:

BE A THERMOSTAT, NOT A THERMOMETER.

Termometer sentiasa berubah mengikut keadaan sekeliling.
Orang lain panas, dia panas. Orang lain sejuk, dia sejuk.

Tapi termostat tak begitu. Termostat tetapkan standard, dan keadaan sekeliling yang akan berubah mengikut standard yang dia tetapkan. Walau macam mana pun suhu sekeliling, termostat takkan ubah suhunya, sehinggakan suhu sekeliling berubah mengikut suhunya.

Itu termostat. It sets the standard and influences the surrounding.

Tipulah kalau saya kata anak saya (Haikal) baik macam malaikat. Ada hari, dia memang baik. Tapi ada je hari yang saya rasa macam nak bagi kaki.

There are times Haikal liat gilaaa nak solat. Tapi sebelum saya marah dia, I reset my solat standard first: solat awal waktu, increase khusyuk, dan sebagainya.

Tak lama lepas tu, I can see improvements pada Haikal dan tak susah dah nak ajak dia solat.

There are times Haikal banyak tengok TV dan jadi kurang kreatif bila bosan. Bila TV tak on, terus dia tak senang duduk. Before saya hempok dia dengan remote TV tu, I reset the standard of my screen time first: hadkan masa dengan TV/phone, jadualkan screentime, rancang activities without screen, read books, exercise, dan sebagainya.

Tak lama lepas tu, I can see improvements pada Haikal. Bila TV tak on, dia mula capai buku, tolong lipat baju, atau keluar main dengan kawan-kawan.

There are times Haikal melawan cakap dan berkasar dengan kami. Sebelum berkasar dan melawan dia balik, we reset our standard of handling our own anger, patience, emotions first.

Tak lama lepas tu, Haikal mula bercakap lembut, tak cepat melenting, mudah senyum, dan mudah minta maaf bila terkasar bahasa.

My point is, kita sebagai ibu bapa, WE ARE THE THERMOSTAT.
We set the standard, and our children will follow accordingly.

But of course, setiap progress perlukan masa. Buat sehari, tak jadi apa, SABAR. Teruskan buat hari kedua dan seterusnya. Trust the process, and don’t lower down your standard.

Kita takkan dapat ubah orang lain terutama anak, melalui tekanan dan desakan. Tapi melalui akhlak, kita pasti dapat membentuk hati si pemerhati sedikit demi sedikit. Just be consistent in improving yourself.

Macam air yang menitis atas batu, lama kelamaan akan menghakis batu itu. Bukan kerana tekanan air tu kuat, tapi kerana konsistensi titisannya.

Anggap je setiap masalah yang kita hadapi dengan anak ni adalah satu peluang untuk kita capai standard yang lebih tinggi, dan jadi termostat yang lebih berkualiti. 

Salam 19 Ramadan, semua.

– Adlil Rajiah.

Dapatkan 15 VIDEO PANDUAN LENGKAP URUS EMOSI & KAWAL MARAH, dengan diskaun 50% sekarang.

Leave a comment